Wednesday, December 2, 2015

Assalammuailaikum...Terima kasih semua atas ucapan..Terima kasih juga kepada mereka yang memberi ucapan di WhatsApp dan WeChat..maaf kerana telefon rain tidak mengizinkan rain untuk membalasnya..Terima kasih Syukur Ya Allah atas izin-Mu bertambah usia Siti Rahil Binti Zainuddin..dengan erti kata yang lain makin singkatlah umur aku di muka bumi ini...semakin dekat dengan yang pasti...sepanjang kehidupan ini aku sentiasa melakukan kesilapan..dari kecil hingga dewasa..

Kepada Mak dan bapak..
Maafkan rain kerana sentiasa mendatangkan kerisauan dan permasalahan..maafkan rain kerana sentiasa menentang arus..maafkan rain kerana gagal menjadi anak yang baik..maafkan rain kerana tidak pernah menyatakan betapa rain sangat menyayangi kalian..

Kepada Abang, Kak Aishah, Kaksaq dan Kakchik..
Maafkan rain kerana tidak pernah menjadi adik yang boleh diharapkan..maafkan rain kerana memilih kerjaya yang sukar kamu fahami..Sukar untuk diceritakan tetapi percayalah politik rain hanya untuk tolong orang yang memerlukan..Doakan lah yang terbaik untuk rain..

Kepada adikku, Man..
Maafkan kaksu kerana tak pernah seirama, seiring, senada mahupun sejalan..kita tak pernah bersetuju dalam apa hal pun tapi percayalah kaksu sentiasa doakam yang terbaik untuk man dan aina..peace no war..

Kepada sahabatku yang sangat luar biasa, Nurul Huda Abdul Ghani..
Terima kasih kerana sentiasa memahami..sentiasa berada di sisi..terima kasih kerana membuat keluargamu terutama Pak Usop dan anak-anakmu menerima saya seadanya..

Kepada Mar,Miza,Yanie dan Nona..
Kalian adalah sahabat yang sangat istimewa dan sangat gila..berkenalan ketika rain hampir berjaya dalam kerjaya..tetap berkawan ketika rain jatuh..menjadi rapat ketika rain harus mulakan segala-galanya semula dan terus bersama untuk satu sama lain..maafkan rain kerana selalu menyingung hati kalian..maafkan rain kerana gagal menjadi sahabat sebaik kalian..terima kasih juga kerana memberi rain ruang mengenali dan menjadi rapat dengan keluarga kalian..

Kepada kak ina..
Tak sabarnya nak jadi mummy cik ein..smoga segalanya dipermudahkan Allah dan berjalan lancar..

Kepada sahabat puteriku semua..
Kegilaan dan kewibawaan kalian sangat-sangat diluar jangkaan..mengenali kalian dalam perjuangan ini merupakan salah satu perjalanan terindah..maafkan say ajika disepanjang pengenalan kita ada sikap rain yang menjengkelkan kalian..kalian rakan seperjuangan yang hebat..

Kepada mereka yang pernah dekat tetapi amat jauh dari saya sekarang..maafkan rain diatas segala kesulitan dan permasalahan yang terjadi..maafkan rain kerana melukakan semua..maafkan rain kerana menyakitkan hati kalian sehingga mendatangkan kemarahan kalian..

Akhir kata sempena hari kelahiran saya (1 Dec), dikesempatan ini rain dengan rasa rendah diri dan penuh ikhlas memohon maaf kepada semua yg mengenali rain samada di alam maya atau alam sebenar..maafkan rain atas segala kesilapan yang rain lakukan..semasa waras atau diluar kewarasan rain..maafkan saya sebelum mata terpejam lena..

Assalammuailaikum..
#beingrainrahil


Wednesday, March 11, 2015


terpana untuk seketika..from zero to hero..from hero to zero...

Thursday, December 25, 2014


AKU..RAIN..PAYUNG..HUJAN..hmmm..setelah hampir 31 tahun baru aku sedar..aku sering berkongsi payungku ataupun sentiasa bersedia memayungi org ataupun memberikan payungku pada org lain biarpun diri aku basah lencun dek hujan..tp jarang sekali org datang memberikan payung pada aku bila aku pulak yg memerlukan..hari ni aku berdepan dengan sekali lagi situasi yg pernah aku lalui..kita cuba untuk menggembirakan org yg kita sayang tapi kenapa mereka seringkali melukakan hati kita..munkinkah ini adalah balasan kerana kita pernah melukakan hati org yg menyayangi kita..kadang2 kita terlupa sepotong ayat mampu mengguris perasaan..munkin bukan niatnya tp caranya buat hati terluka..kadang2 kewujudan kita sekadar “take for granted”..dicari bila perlu ditinggal bila ada tiada keperluan..kenapa..cara aku berkawan yg salah atau aku salah pilih kawan..WALAUAPA yang terjadi aku tetap seperti diriku..tetap bersedia dengan payungku..tetap melangkah memberikan payung kepada mereka yg memerlukan kerana aku yakin dan pasti aku boleh beli payung yg lain…#beingrainrahil..

Saturday, November 1, 2014

Assalam..entri ini dimulakan dgn perjalananki seawal jam 7pg ke Pulau Pangkor..rombongan disertai hampir 50 org menggunakan bas 2 tingkat..agak selesa dan merupakan pengalaman pertama aku menaikibbas 2 tingkat..sdh hmpir 4 tahun aku tidak pergi kesana..mnkin byk jgk perubahan yg terjadi..

Thursday, October 9, 2014

Assalam..lama benar tidak menjenguk blog ini..lama juga tidak menulis..benarlah kata org..kehidupan ibarat roda..jika dahulu aku bolehlah dikatakan cukup makan cukup pakai cukup utk bersosial tp skrng agak terhad..selepas aku 'dibuang'..kehidupan mmg agak teruk..tetapi aku masih mampu tersenyum..kerana setiap kali aku merasakan diriku susah aku sentiasa melihat kearah kehidupan org lain yg lebih susah dariku membuatkan aku lebih bersyukur dgnapa yg aku ada..pengharapan yg diberikan kpd ku suatu ketika dulu tidak lebih ku anggap dr mimpi indah..semoga kesusahan hari ini akan mendewasakan hari kemudian..being rainrahil..

Wednesday, May 7, 2014

Kod 05 : Lacey Chiffon Shawl
( 150cm x 50cm )
Colour Available : oren, black, baby blue, baby pink, electric blue
Price : RM79


Kod 04 : Patch Flower Chiffon Shawl
( 150cm x 50cm )
Colour Available : oren, black, baby blue, baby pink, electric blue
Price : RM79


Kod 03 : Colourful Button Chiffon Shawl
( 150cm x 50cm )
Colour Available : oren, black, baby blue, baby pink, electric blue
Price : RM 49

Kod 02 : Black Border Lace Chiffon Shawl
( 150cm x 50cm )
Colour Available : oren, yellow, baby blue, baby pink, electric blue
Price : RM119


https://www.facebook.com/profile.php?id=100008294050003



Kod 01: Halfmoon Chiffon Shawl Patch Flower
( 150cm x 50cm )
Colour Available : oren, black, baby pink, electric blue
Price : RM69