Wednesday, December 2, 2015

Assalammuailaikum...Terima kasih semua atas ucapan..Terima kasih juga kepada mereka yang memberi ucapan di WhatsApp dan WeChat..maaf kerana telefon rain tidak mengizinkan rain untuk membalasnya..Terima kasih Syukur Ya Allah atas izin-Mu bertambah usia Siti Rahil Binti Zainuddin..dengan erti kata yang lain makin singkatlah umur aku di muka bumi ini...semakin dekat dengan yang pasti...sepanjang kehidupan ini aku sentiasa melakukan kesilapan..dari kecil hingga dewasa..

Kepada Mak dan bapak..
Maafkan rain kerana sentiasa mendatangkan kerisauan dan permasalahan..maafkan rain kerana sentiasa menentang arus..maafkan rain kerana gagal menjadi anak yang baik..maafkan rain kerana tidak pernah menyatakan betapa rain sangat menyayangi kalian..

Kepada Abang, Kak Aishah, Kaksaq dan Kakchik..
Maafkan rain kerana tidak pernah menjadi adik yang boleh diharapkan..maafkan rain kerana memilih kerjaya yang sukar kamu fahami..Sukar untuk diceritakan tetapi percayalah politik rain hanya untuk tolong orang yang memerlukan..Doakan lah yang terbaik untuk rain..

Kepada adikku, Man..
Maafkan kaksu kerana tak pernah seirama, seiring, senada mahupun sejalan..kita tak pernah bersetuju dalam apa hal pun tapi percayalah kaksu sentiasa doakam yang terbaik untuk man dan aina..peace no war..

Kepada sahabatku yang sangat luar biasa, Nurul Huda Abdul Ghani..
Terima kasih kerana sentiasa memahami..sentiasa berada di sisi..terima kasih kerana membuat keluargamu terutama Pak Usop dan anak-anakmu menerima saya seadanya..

Kepada Mar,Miza,Yanie dan Nona..
Kalian adalah sahabat yang sangat istimewa dan sangat gila..berkenalan ketika rain hampir berjaya dalam kerjaya..tetap berkawan ketika rain jatuh..menjadi rapat ketika rain harus mulakan segala-galanya semula dan terus bersama untuk satu sama lain..maafkan rain kerana selalu menyingung hati kalian..maafkan rain kerana gagal menjadi sahabat sebaik kalian..terima kasih juga kerana memberi rain ruang mengenali dan menjadi rapat dengan keluarga kalian..

Kepada kak ina..
Tak sabarnya nak jadi mummy cik ein..smoga segalanya dipermudahkan Allah dan berjalan lancar..

Kepada sahabat puteriku semua..
Kegilaan dan kewibawaan kalian sangat-sangat diluar jangkaan..mengenali kalian dalam perjuangan ini merupakan salah satu perjalanan terindah..maafkan say ajika disepanjang pengenalan kita ada sikap rain yang menjengkelkan kalian..kalian rakan seperjuangan yang hebat..

Kepada mereka yang pernah dekat tetapi amat jauh dari saya sekarang..maafkan rain diatas segala kesulitan dan permasalahan yang terjadi..maafkan rain kerana melukakan semua..maafkan rain kerana menyakitkan hati kalian sehingga mendatangkan kemarahan kalian..

Akhir kata sempena hari kelahiran saya (1 Dec), dikesempatan ini rain dengan rasa rendah diri dan penuh ikhlas memohon maaf kepada semua yg mengenali rain samada di alam maya atau alam sebenar..maafkan rain atas segala kesilapan yang rain lakukan..semasa waras atau diluar kewarasan rain..maafkan saya sebelum mata terpejam lena..

Assalammuailaikum..
#beingrainrahil


No comments:

Post a Comment